fbpx

Pertemuan dengan PM tiada unsur politik – Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertemuan Khairy Jamaluddin dengan Anwar baru-baru ini bagi membincangkan isu berkaitan ekonomi negara.

PETALING JAYA – Pertemuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini tidak mempunyai sebarang unsur politik, sebaliknya hanya membincangkan berkaitan ekonomi negara.

Beliau berkata, perjumpaan itu turut dihadiri bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan tokoh korporat serta pakar-pakar ekonomi bagi memberikan input dan idea baharu.

“Daripada konteks apa yang saya tahu, Perdana Menteri sedang mendapatkan pandangan dan input kerana beliau juga sedar bahawa naratif ekonomi negara kurang jelas.

“Tidak ada strategi ekonomi yang mana pelabur dan rakyat sendiri memahami, ini adalah Naratif Ekonomi Madani (NEM). Sepertimana yang kita sentuh dalam episod yang lepas, NEM akan diumumkan pada bulan Ogos yang akan dijadikan sebagai hala tuju ekonomi negara.

“Dalam menyediakan dokumen tersebut, Perdana Menteri sedang bertemu dengan seramai mungkin untuk mendapat input dan idea. Dalam mesyuarat itu tiada unsur politik langsung, ia cuma tertumpu kepada ekonomi sahaja,” Katanya pada podcast ‘Keluar Sekejap’, hari ini.

Mengulas mengenai keberadaan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang tidak kelihatan dalam pertemuan itu, Khairi Jamaluddin berkata, isu tersebut tidak perlu diperbesarkan.

“Saya nak jelaskan, Ketua Setiausaha (KSU) Rafizi ada pada waktu. Bagi saya Menteri ada banyak kerja lain dan tak semestinya hadir dalam semua perbincangan.

“Kita tengok, Anwar bukan sahaja perdana menteri, beliau Menteri Kewangan juga. Saya biasa melihat dahulu apabila Menteri Kewangan ada diskusi atau perbincangan, kalau tak sempat, Menteri Ekonomi tak hadir pun tak apa.

“Sebab akhirnya, mereka akan bertukar pandangan di peringkat mesyuarat Kabinet atau Majlis Tindakan Ekonomi. Isu itu tidak perlu diperbesarkan.

“Ini kerana sudah pastu Rafizi ada input juga. Tidak semenstinya Menteri Kewangan berjumpa pemegang taruh tanpa Menteri Ekonomi , mereka ada masalah,” ujarnya.

Tambahnya, mana-mana pihak tidak perlu mengadu domba antara Anwar dan Rafizi termasuk dirinya kerana ia bukanlah satu komen atau kritikan yang membina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI