fbpx

Nombor giliran menunggu pembelian tiket Coldplay dijual di Carousell

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nombor giliran menunggu itu dijual serendah RM69. - Mothership

SINGAPURA – Sebilangan penjual di platform jualan online, Carousell telah menjual nombor giliran menunggu milik mereka untuk pembelian tiket Coldplay, lapor laman berita Mothership semalam.

Harga giliran menunggu itu bermula serendah SGD$20 (RM69) hingga SGD$20 (RM172).

Perkara itu berlaku selepas kumpulan Rock Britain itu mengumumkan penambahan dua hari lagi untuk konsert jelajah Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Singapura pada 30 dan 31 Januari 2024.

Kugiran itu pada awalnya dijadualkan mengadakan empat konsert di Stadium Nasional pada 23, 24, 26, dan 27 Januari 2024.

Dengan lebih sejuta giliran menunggu untuk pembelian tiket tersebut, sebilangan penjual rela menjual nombor giliran menunggu di Carousell dan membantu orang lain membeli tiket konsert Coldplay. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI