fbpx

Neelofa ‘recycle’ baju Bilal untuk anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA memaklumkan, dia akan menggunakan semula pakaian anak sulung, Bilal untuk cahaya mata kedua yang bakal dilahirkan nanti.

PETALING JAYA – “Anak kedua saya nak guna.”

Demikian respons balas selebriti terkenal Neelofa ekoran ramai yang memintanya menderma pakaian bayi anak sulungnya, Bilal sekiranya tidak digunakan lagi.

Bukan enggan ‘menderma’ tetapi pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor, 33, menegaskan barang-barang tersebut termasuk pakaian akan digunakan semula oleh bayi keduanya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

“Saya buka semula bungkusan barangan yang Bilal guna ketika bayi.

“Ramai pula yang mesej saya meminta. Kenapa pula saya nak beri orang sedangkan mahu guna untuk anak kedua.

“Mungkin ada yang tidak tahu saya mengandung ketika ini dan sangka hanya perut buncit sahaja,” katanya menerusi InstaStory.

Neelofa juga mendedahkan dirinya menerima banyak permintaan sebegitu menerusi ruangan mesej dalam media sosial daripada sesetengah wanita yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.

“Jangan ada pula yang mesej saya dalam media sosial, ‘saya hamil, akan melahirkan anak dua bulan lagi dan boleh beri kepada saya?’

“Ini untuk anak saya puan,” tegas pengacara program Next To Neelofa itu sekaligus membidas semua permintaan sebegitu.

Dia yang popular menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot itu kini sarat hamil anak kedua dan difahamkan kandungannya sudah berusia lapan bulan.

Sama seperti kandungan pertama, dia dan suaminya, Haris Ismail masih kekal dengan pendirian tidak berkongsi jantina bayi mereka kepada umum.

Terdahulu, Neelofa pada Mac lalu mengesahkan hamil anak kedua selepas foto baby bumpnya tular dalam media sosial.

Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan putera sulung bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI