fbpx

Musa Hassan harap Razarudin, Ayob Khan jaga imej PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musa

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan berharap bakal KPN baharu,Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid serta Timbalannya, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay bakal memikul tugas mereka dengan baik berkuat kuasa pada Jumaat.

Pelantikan Razarudin bagi menggantikan tempat Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang bersara awal.

“Acryl Sani telah mendapat jawatan baharu iaitu tawaran luar pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pelantikan baharu telah dilaksanakan dan saya harap mereka akan menjalankan tugas dengan baik dan menjaga imej pasukan,” katanya kepada Kosmo! di Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), di sini, petang tadi.

Beliau yang juga selaku Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) hadir ke Menara SSM petang tadi bagi menggesa siasatan segera dilakukan terhadap syarikat pelaburan yang melibatkan lebih 500 mangsa setakat ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Majlis Paluan Berundur sempena persaraan Acryl Sani dijangka diadakan esok di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

Ini bermakna tarikh persaraan Ketua Polis Negara ke-13, menjadi lebih awal dari tarikh yang dilaporkan media sebelum ini pada minggu pertama Julai ini.

Acryl yang sebelum ini bersara wajib pada 2021 telah dilanjutkan perkhidmatannya dengan ditawarkan kontrak selama dua tahun yang sepatutnya berakhir pada 3 Oktober 2023. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI