PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di dua lokasi di Pulau Pinang pada pukul 9 pagi hingga 4 petang esok.
Justeru, MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook berkata, penduduk di kawasan sekitar diminta supaya tidak panik sekiranya mendengar bunyi siren berkenaan.
“Ujian siren tersebut akan dilakukan di Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Feringgi dan kawasan tempat letak kereta LKIM, Teluk Bahang. Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan satu ujian sahaja.
“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE