fbpx

Manchester City sah tidak buru Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE bakal meninggalkan PSG pada jendela perpindahan kali ini selepas enggan menandatangani kontrak lanjutan bersama pasukan itu. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menamatkan spekulasi yang mengaitkan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe bakal menyertai juara trebel itu musim depan.

Guardiola, 52, menjelaskan, penyerang prolifik berusia 24 tahun itu hanya mahukan perpindahan ke Real Madrid selepas enggan melanjutkan kontraknya bersama PSG yang akan tamat hujung musim depan.

Mbappe menegaskan, dia tidak mahu meninggalkan PSG selagi kontraknya belum tamat tetapi khabar angin bertiup kencang mengatakan gergasi Perancis itu mahu menjualnya daripada kehilangan khidmatnya secara percuma selepas ini.

Ia sekali gus menarik minat banyak kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) termasuk City, Chelsea dan Manchester United untuk mendapatkan servis pemenang Piala Dunia 2018 bersama Perancis itu.

Pemerhati-pemerhati bola sepak juga mencadangkan agar Mbappe berhijrah ke Stadium Etihad bagi membentuk gandingan berbahaya dengan ‘mesin gol’ Norway, Erling Haaland yang meledak 52 gol daripada 53 perlawanan musim ini.

“Dia (Mbappe) tidak akan menyertai City. Anda semua tahu ke mana destinasi dia mahu pergi selepas ini (Real),” kata Guardiola.

Difahamkan, Real kini bersedia menggandakan usaha mereka untuk mendapatkan Mbappe selepas hampir berjaya memeterai perjanjian sebelum ini sebelum bekas bintang AS Monaco itu mengubah fikirannya.

Los Blancos dikatakan akan melakukan segala-galanya agar dapat mengikat Mbappe dan mengisi kekosongan ditinggalkan Karim Benzema yang kini menyertai Al-Ittihad di Arab Saudi.

Walaupun Real baru sahaja mendapatkan Joselu, 33, secara pinjaman daripada Espanyol tetapi dia dilihat lebih berperanan sebagai pemain sokongan kepada penyerang utama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI