fbpx

KDN pandang serius ramai warga China kahwin rakyat tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar

PETALING JAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius dakwaan mengenai sejumlah besar wanita warga China yang masuk ke dalam negara berkahwin dengan warga tempatan.

Kenyataan itu dibuat susulan soalan Senator Hussin Ismail mengenai tindakan kerajaan tentang 17,000 wanita dari China berkahwin dengan warga tempatan pada 2016 di Dewan Negara hari ini.

Sementara itu Hussin berkata, pada tahun 2018 sehingga 2021 pula ia melibatkan seramai 2,960 wanita warga China.

Timbalan Menteri KDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menegaskan, KDN sentiasa memastikan kemasukan dan keberadaan mana-mana warga asing dalam negara mesti mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.

“Mana-mana pihak yang melanggar peraturan tersebut pihak kami tidak teragak-agak untuk ambil tindakan. Banyak tindakan penguatkuasaan telah dilakukan malah pengusiran juga telah dilakukan,” katanya.

Shamsul Anuar menambah, pada Januari hingga Jun lalu Jabatan Imigresen (JIM) turut membuat tangkapan dan pengusiran warga China ke negara mereka.

“Jumlah tangkapan warga China pada Januari sehingga 15 Jun adalah seramai 96 orang yang melibatkan 0.91 peratus dan seramai 146 orang telah diusir balik.

“Namun demikian, maklumat yang Yang Berhormat bagi kita akan teliti dan kami serius atasi masalah ini,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI