fbpx

India siasat kematian misteri di Ballia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cuaca panas yang melanda daerah Ballia menyebabkan ramai pesakit mendapatkan rawatan di sebuah hospital pada Isnin lalu. - Foto PTI

NEW DELHI – Sekurang-ku­rang­nya 96 orang dilaporkan meninggal dunia ketika gelombang haba melanda dua negeri paling ramai penduduk di India sejak beberapa hari lalu, lapor portal berita The Guardian kelmarin.

Kebanyakan kematian berlaku di negeri Uttar Pradesh dan Bihar, masing-masing di utara dan timur India di mana suhu panas mencecah 45 darjah Celsius direkodkan.

Gelombang haba adalah perkara biasa pada bulan Jun di India apabila musim panas mencapai kemuncaknya sebelum hujan monsun melanda.

Kemuncak musim panas turut menyaksikan ramai penduduk keluar mencari rezeki dengan hanya memakai lilitan kain basah di kepala sebagai pelindung daripada panas terik matahari.

Saintis di Jabatan Meteorologi India (IMD), Atul Singh berkata kepada agensi berita AP, suhu di seluruh Uttar Pradesh kini melebihi bacaan normal sambil menambah: “Tiada kelegaan (daripada cuaca panas) dijangka dalam tempoh 24 jam akan datang.”

Dalam pada itu, hampir semua kematian di Uttar Pradesh berlaku di satu daerah, Ballia sehingga mengelirukan pegawai-pegawai kesihatan kerana banyak kawasan lain turut mengalami cuaca panas terik.

Menteri Kesihatan Uttar Pradesh, Brajesh Pathak berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti punca kematian begitu ramai orang di Ballia.

Superintendan perubatan di di Ballia telah ditukar selepas mengaitkan ke­matian di daerah itu akibat gelombang haba.

Pasukan pakar yang dihantar ke Ballia oleh kerajaan negeri berkata, kematian yang besar itu mungkin disebabkan oleh faktor lain tetapi mereka masih belum jelas tentang apa yang berlaku.

“Ini nampaknya bukan kematian akibat gelombang haba kerana daerah berhampiran yang menghadapi keadaan sama tidak menunjukkan angka kematian yang begitu tinggi.

“Simptom awal kebanyakannya adalah sakit dada. Ini bukan simptom awal seseorang yang terjejas akibat gelombang panas,” kata seorang ahli pasukan pakar tersebut. Dr. AK Singh kepada saluran berita NDTV.

Katanya, kematian itu mungkin disebabkan oleh air yang tercemar tetapi belum pasti.

Kira-kira 400 orang masih di­rawat di hospital-hospital di Ballia, ma­nakala rakaman video menunjukkan wad-wad penuh sesak dengan pesakit. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI