fbpx

‘Gengster’ sekolah ditahan belasah rakan sebaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular di TikTok, yang menunjukkan suspek memukul mangsa.

KOTA SAMARAHAN – Empat pelajar tingkatan satu dan dua ditahan kerana memukul seorang pelajar tingkatan satu yang lain di sebuah sekolah menengah di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata,kesemua remaja lelaki itu dicekup selepas mangsa membuat laporan di Balai Polis Kota Samarahan kira-kira pukul 5.08 petang Isnin lalu.

“Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan untuk siasatan dan tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara, rakaman video berdurasi 47 saat yang memaparkan mengenai kejadian turut tular di media sosial pada Isnin lalu, yang menunjukkan mangsa dipukul oleh kesemua suspek.

Justeru, Brodie berkata hasil penelitian video itu, didapati kesemua suspek dan mangsa adalah pelajar di sebuah sekolah menengah di sini.

Brodie berkata pihak pengurusan sekolah berkenaan juga telah dimaklumkan tentang kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI