SOFIA, Bulgaria – Seorang gadis yang terkenal kerana mempunyai bibir terbesar di dunia sedang mencari cinta sejati tetapi hanya untuk lelaki yang bersedia menerima penampilannya, lapor portal berita Daily Star semalam.
Andrea Ivanvoa, 25, dari Bulgaria yang juga merupakan pesohor media sosial mengaku bahawa sukar mencari cinta walaupun menerima banyak perhatian daripada lelaki di internet.
Andrea berkata, dia akan mengambil lelaki yang menerima penampilannya sebagai kekasih.
“Jika saya mempunyai hubungan dengan seseorang dan dia memberitahu saya bahawa dia tidak selesa apabila kami berada di tempat awam, maka kami akan berpisah.
“Saya akan berasa tersinggung. Jadi, saya perlu mencari pasangan yang tidak terganggu oleh penampilan saya.
“Saya ingin jatuh cinta dan benar-benar jatuh cinta dan bertemu pasangan yang sesuai untuk saya kerana cinta adalah perkara yang paling indah dan penting di dunia ini,” katanya. – Agensi