fbpx

EPL: Rashford setuju kekal di Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD bakal menerima tawaran kontrak lumayan untuk memastikan dia kekal di Old Trafford. - AFP

MANCHESTER – Penyerang antarabangsa England, Marcus Rashford hampir pasti kekal untuk jangka panjang bersama kelab Manchester United selepas dilaporkan setuju dengan tawaran kontrak lumayan yang diberikan oleh pengurusan tertinggi baru-baru ini.

Sebagai rekod, kontrak asal Rashford bersama United dengan gaji sebanyak £250,000 (RM1.26 juta) seminggu akan berakhir pada penghujung musim 2024 nanti dan kini penyerang berusia 25 tahun itu mula mendapat tawaran daripada kelab-kelab utama Eropah.

Menurut sumber, kedua-dua belah pihak telah berpuas hati dengan terma serta syarat kontrak baharu yang ditawarkan kali ini terutama apabila Rashford sah menjadi pemain termahal United selepas diberikan gaji sebanyak £375,000 (RM1.89 juta) seminggu.

Difahamkan, abang Rashford, Dwaine Maynard telah berbincang dengan kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) pada tahun lalu, tetapi Rashford dilaporkan lebih berminat untuk kekal di Old Trafford memandang sudah bersama kelab itu sejak usia tujuh tahun.

Malah, anak jati Manchester itu juga telah mengharungi musim terbaik peribadinya apabila meledak 30 gol sepanjang 55 perlawanan sehingga dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Tahunan United musim lepas.

Situasi tersebut menyaksikan Rashford begitu gembira bekerjasama dengan pengendali United ketika ini, Erik Ten Hag kerana boleh meningkatkan lagi tahap permainannya ke arah yang lebih baik.

“Rashford masih lagi enggan berpisah dengan Manchester United kerana disini tempat tinggalnya. Kemungkinan besar dia akan tandatangan kontrak jangka panjang kerana dia cukup berbangga menyarung jersi kelab,” kata sumber tersebut,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI