fbpx

Dua maut seorang cedera parah kemalangan dua motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua maut dan seorang cedera parah dalam kejadian kemalangan melibatkan dua buah motosikal di Batu 14 Jalan Gambang-Kuantan berhampiran bangunan Persatuan Penganut Ajaran Tao Kuan Ti di Kuantan, Pahang hari ini.

KUANTAN – Dua lelaki maut manakakala seorang lagi cedera parah dalam kejadian kemalangan melibatkan dua buah motosikal di Batu 14 Jalan Gambang-Kuantan berhampiran bangunan Persatuan Penganut Ajaran Tao Kuan Ti di sini hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu adalah penunggang dan pembonceng motosikal jenis Honda ANF 125 iaitu Azrul Hakimi Rashid,18, dan Muhammad Rusdy Thaqif Reduan,18 manakala penunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC pula mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Gambang menghala Kuantan.

“Apabila sampai di tempat kejadian penunggang motosikal jenis Honda ANF 125 dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang motosikal jenis Yamaha 135 LC yang berada di hadapannya.

“Akibat kemalangan penunggang dan pembonceng motosikal jenis Honda ANF 125 meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC mengalami kecederaan parah,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan berselekoh ke kanan dan semasa kejadian cuaca adalah baik serta permukaan jalan kering.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kemungkinan disebabkan kecuaian penunggang motosikal jenis Honda ANF 125 yang mengekori rapat sebelum hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang motosikal jenis Yamaha 135 LC,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI