fbpx

Dirindui peminat, Asmirandah sibuk jaga anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASMIRANDAH

LAMA menyepi daripada dunia seni, pelakon sinetron Asmirandah mengakui ramai peminat yang rindu untuk melihatnya kembali beraksi dalam televisyen.

Isteri kepada pelakon Jonas Rivanno itu menjelaskan, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum mengambil sebarang tawaran drama.

Asmirandah atau lebih mesra disapa Andah berkata, dia perlu memberi perhatian terhadap anaknya, Chloe Emanuelle Van Wattimena yang kini berusia dua tahun.

“Bukan tidak mahu kembali aktif, tapi sekarang sudah ada anak. Saya tak mahu meninggalkan anak kepada orang lain.

“Saya tidak mahu waktu yang sedikit bersama dengannya. Mungkin jika boleh bawa Chloe pergi bekerja, saya akan pertimbangkan,” ujarnya.

Asmirandah memohon peminatnya terus bersabar menantikan kemunculan semulanya kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI