fbpx

Dewan Negara: Majlis Media Malaysia tidak bertentangan prinsip kebebasan media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penubuhan Majlis Media Malaysia disifatkan tidak bertentangan dengan prinsip kebebasan media oleh kerajaan. 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Teo Nie Ching berkata, malah ia dilihat sebagai platform bagi memastikan kepentingan semua pihak meliputi pembangkang dan orang awam. 

“Kebebasan media tidak bermakna kebebasan tidak ada had, kami juga mahu pelaporan yang beretika, adil dan sahih.

“Indonesia, juga ada Dewan Pers iaitu satu bentuk majlis media, tetapi apa yang kita mahu ialah regulation (peraturan) itu, adalah daripada pihak industri sendiri supaya tiada orang yang salah guna kuasa.

“Selalu orang risau kerajaan akan guna undang-undang sedia ada untuk mengekang kebebasan media, tetapi kalau regulation itu daripada industri sendiri, saya rasa itu lebih adil dan boleh pastikan kepentingan semua pihak meliputi kerajaan, pembangkang dan orang awam.

“Kalau ada pihak yang tidak puas hati, atau selesa dengan cara pelaporan sesetengah media, mereka juga ada platform untuk buat aduan,” katanya di Dewan Negara, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai sama ada mekanisme kawal selia industri Majlis Media Malaysia bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang diusahakan kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI