fbpx

68 PATI dicekup di Terminal Bas Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI yang ditahan di Terminal Bas Kota Bharu, Kelantan ekoran cuba masuk ke Malaysia secara haram menggunakan sindiket pada 14 Jun lalu. - FOTO IHSAN JIM

PUTRAJAYA – Taktik sebuah sindiket mengenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM7,000 bagi menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini tumpas apabila seramai 68 orang warga asing ditahan di Terminal Bas Kota Bharu, Kelantan pada 14 Jun lalu.

Difahamkan, kumpulan pati itu baru sahaja tiba dari negara jiran dan kemudiannya dipindahkan ke Terminal Bas Kota Bharu sebelum dibawa ke destinasi tertentu di luar Kelantan termasuk sekitar Lembah Klang.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, kesemua PATI itu ditahan menerusi Ops Gelombang 3 yang dilaksanakan susulan kejayaan Ops Gelombang 2 pada Mac lalu.

“PATI yang ditahan berumur antara 10 sehingga 62 tahun di mana mereka dipercayai cuba merebut peluang pekerjaan secara haram di negara ini.

“Mereka ditahan terdiri 16 lelaki dan lima perempuan warganegara Myanmar selain dua lelaki Pakistan, Bangladesh (tiga lelaki), Indonesia (10 lelaki), Vietnam (satu lelaki, lima perempuan) dan India (11 lelaki, 14 perempuan serta satu kanak-kanak),” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Menurutnya, seramai tiga orang lelaki warganegara Malaysia turut ditahan dalam operasi itu ekoran disyaki berperanan sebagai transporter bagi sindiket tersebut.

“Berdasarkan maklumat orang awam dan risikan selama dua bulan, modus operandi sindiket adalah menyeludup PATI melalui pengkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand sebelum dibawa ke destinasi tertentu.

“Dalang sindiket dipercayai mengenakan bayaran antara RM 6,000 hingga RM 7,000 bagi setiap PATI dan dipercayai telah aktif sejak enam bulan yang lalu,” jelasnya.

Kesemua PATI ditangkap disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen1959/63 dan Akta Pasport 1966. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI