fbpx

6,771 bekas tentera dapat kerja lepas bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaidah (tiga dari kanan) bersama sebahagian bakal pesara yang mengikut program Latihan Peralihan di Pejabat Fama RTC Tunjong, Kota Bharu, Kelantan hari ini. Foto oleh ROSLIZA MOHAMED/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seramai 67 peratus atau 6,771 orang bekas tentera mendapat pekerjaan kedua selepas bersara daripada perkhidmatan dalam tempoh lima tahun lalu.

Pengarah Bahagian Kewangan dan Akaun Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), Zaidah Mohd. berkata, kebanyakan mereka yang mendapat pekerjaan kedua terdiri daripada kumpulan yang menamatkan latihan menerusi Program Latihan Peralihan sebelum bersara.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 3,813 orang memilih untuk menceburi bidang usahawan kecil-kecilan, bekerja sendiri dalam ekonomi gig dengan meraih pendapatan bulanan sebanyak RM3,000.

“Selain itu, seramai 1,169 anggota mempunyai syarikat sendiri dan menjana pendapatan sehingga RM5,000 sebulan. Anggota tentera yang sudah bersara akan melakukan pekerjaan kedua sebagai sumber pendapatan mereka untuk keluarga,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus Peralihan Anggota Tentera Malaysia (ATM) di Dewan Misai Kucing, Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong di sini hari ini.

Zaidah memberitahu, seramai 3,301 veteran ATM yang dihubungi masih belum mendapat pekerjaan atas pilihan mereka masing-masing dan 392 sedang mencari pekerjaan.

Katanya, Perhebat telah melaksanakan beberapa langkah transformasi terhadap program Latihan Peralihan apabila mampu melatih kurang daripada 25 peratus daripada jumlah anggota yang bakal bersara sejak dua tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI