fbpx

Warga emas rugi lebih RM200,000 ditipu ‘pegawai polis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LUMUT – Seorang warga emas wanita kehilangan wang simpanan berjumlah RM202,787 selepas diperdaya scammer yang menyamar sebagai pegawai polis menerusi penipuan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata mangsa yang merupakan pesara operator kilang elektronik membuat laporan polis kira-kira pukul 1.30 tengah hari semalam.

“Berdasarkan aduan tersebut, mangsa dihubungi penjenayah tersebut dengan mendakwa wanita berusia 65 tahun itu terlibat dengan kes jenayah yang memerlukan siasatan lanjut terhadap akaun banknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa yang panik kemudian menuruti kehendak penjenayah tersebut dengan menyerahkan maklumat peribadi dan akaun banknya kepada suspek.

Jelas beliau, mangsa hanya menyedari ditipu apabila mendapati wang dalam akaun bank berkurangan dan kerugian yang dialaminya adalah sebanyak RM202,787.

Beliau memaklumkan, sejak 1 Januari tahun ini hingga semalam, sebanyak 52 kes penipuan dalam talian direkodkan di daerah Manjung melibatkan kerugian kira-kira RM2.1 juta.

Terangnya, antara modus operandi penipuan dalam talian tersebut ialah suspek menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai pegawai penguat kuasa seperti pegawai polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mahkamah, institusi kewangan atau syarikat penghantaran barangan atau kurier. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI