fbpx

Trend gaya pagi hingga malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gaya yang boleh disesuaikan dari pagi hingga malam.

WANITA yang mempunyai keterampilan hebat, apabila berpakaian, mereka bijak untuk memaksimumkan kelebihan yang ada pada diri mereka dan
menyembunyikan kekurangan yang ada.

Gaya individualiti adalah pesona yang menjadikan seseorang wanita itu cukup stylish.

Keutamaan adalah lebih kepada keyakinan diri untuk memakai pakaian yang paling sesuai dan kelihatan hebat apabila digayakan. Untuk minggu ini, saya titipkan aliran fesyen yang boleh menjadi
inspirasi dalam menata gaya anda dari pagi hingga ke malam.

Hitam putih
Kombinasi hitam dan putih adalah antara aliran fesyen yang paling menarik, unik dan popular.

Sama ada dipakai pada waktu siang atau malam, majlis rasmi atau santai (kasual), ia cukup kontemporari, moden dan mudah digayakan serta boleh jadikan penampilan kita nampak lebih
ceria dan muda.

Hitam dan putih (dalamrekaan fesyen) mampu memberikan ilusi bentuk tubuh yang lebih menarik, langsing dan dapat menyembunyikan kekurangan yang ada. Antara gaya yang cukup menawan adalah gabungan blaus dan kemeja putih dengan seluar hitam atau pakaian hitam yang dipadankan dengan aksesori putih.

Kombinasi warna ini juga terdapat dalam pilihan reka corak jalur, polka dot, grafik dan zebra. Kasut hitam amat sesuai dijadikan
pelengkap gaya untuk rekaan fesyen yang mengutarakan kombinasi warna ini.

Aurat sut

Gaya maskulin ini dipopularkan Katherine Hepburn (ikon perfileman Barat) sewaktu hayatnya. Putih bersih serta rona lembut dan tenang mendominasi gaya ini. Pemakaian
rompi (vest) menjadikan penampilan lebih stylish.

Silhouette seluar yang popular antaranya adalah hip slung, potongan lebar (wide leg) yang dipadankan dengan kemeja oxford, jaket atau blaus dalam rona putih atau senada.

Jadikan beg dan kasut tumit tinggi sebagai pelengkap gaya. Aliran inspirasi ‘pakaian lelaki’ dan minimalis ini sopan, segak dan kontemporari.

Warna lembut

Warna lembut kemerahan, merah jambu ataupun dikenali dengan blush tampaknya memonopoli rekaan fesyen petang ke malam pada koleksi musim bunga di persada fesyen antarabangsa.

Sememangnya ia cukupseductive, romantik dan sensual. Warna ini muncul dalam bentuk skirt, baju dan celana dengan sedikit perincian renda serta aksesori seperti beg dan jam tangan.

Ia menyuntik penampilan segar dan anggun pada wanita yang menggayakannya.

Aksesori
Aksesori memainkan peranan yang penting sebagai pelengkap gaya keseluruhan dalam setiap koleksi pereka fesyen. Sama ada beg atau kasut, kerongsang atau
rantai tangan (bracelet), aksesori melengkapi setiap imej.

Kini, tiada lagi manual atau undangundang dalam penggayaan aksesori. Setiap kita bebas untuk bereksperimentasi dengan pelbagai bentuk, tekstur atau saiz beg, but mahupun perhiasan.

Blaus
Blaus sama ada potongan longgar dan besar atau yang sama padan dengan bentuk badan hasil dari potongan dan jahitan yang rapi dan kemas adalah antara gaya rekaan yang penting dan menarik sealiran trend.

Pelbagai variasi potongan antaranya gaya desa (peasant) dengan lengan yang besar (full-sleeved), puffed sleeve, manakala kemeja oxford pula dipotong lebih besar daripada kebiasaan.

Look yang paling menyerlah adalah gaya maskulin atau girly.

Jam tangan

Seperti juga beg tangan, jam tangan kini muncul dalam pasaran mewah antarabangsa.

Apa yang unik, jamtangan berjenama adalah aksesori mewah yang tiada sempadan.

Paling penting apabila digayakan, ia tidak bertentangan dengan mana-mana kepercayaan (agama) atau merosakkan peradaban pakaian tradisi).

Dalam pasara mewah antarabangsa, jam tangan ini dilihat simbol status utama seseorang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI