fbpx

Suami curang kantoi kerana mimpi isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERBUATAN curang seorang suami terbongkar selepas isterinya bermimpi kepala lelaki itu putus. – AGENSI

BANGKOK, Thailand – Seorang wanita Thailand, Sunisa mengalami mimpi ngeri kepala suaminya dipancung yang mendorongnya melakukan siasatan dan akhirnya mendapati lelaki tersebut berlaku curang, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Di dalam mimpinya,  Sunisa melihat kepala suaminya dengan jelas. Dia pada awalnya tidak mempedulikan mimpi ngeri tersebut. Bagaimanapun, apabila Sunisa gagal menghubungi suaminya pada 15 Jun lalu, dia menjadi semakin bimbang.

Selepas berulang kali gagal menghubungi lelaki itu, Sunisa menghubungi rakan sekerja suaminya di kilang mereka di Nakhon Ratchasima. Pekerja itu bagaimanapun memberitahu Sunisa bahawa dia tidak melihat suaminya.

Sekitar pukul 6 petang pada hari kejadian, Sunisa memutuskan untuk menjejaki suaminya. Dia menemui kereta lelaki itu yang diletakkan di luar sebuah hotel sekitar waktu tengah malam.

Sunisa berkali-kali menelefon suaminya sehingga lelaki itu membuka pintu bilik hotel penginapannya dan mendedahkan seorang wanita lain berada di dalamnya.

Sunisa menyoal perlakuan suaminya dan bertanya kepada wanita tersebut sama ada dia mengetahui lelaki itu sudah berkahwin.

Wanita itu menafikan mengetahui lelaki berkenaan sudah berumah tangga walaupun terdapat pelekat di dalam kereta suaminya menyatakan ‘tempat duduk isteri’. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI