fbpx

Shah Rukh Khan kagumi Jackie Chan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jackie Chan bersama Shah Rukh Khan.

BIARPUN filem Ra.One telah lama ditayangkan iaitu sekitar 2011, Shah Rukh Khan masih terkenang memori pembikinannya.

Akuinya dalam satu wawancara, sebelum naskhah tersebut menjalani penggambaran dia sudah mengusulkan nama pelakon tersohor, Jackie Chan sebagai pelakon.

Apatah lagi watak bernama Akaashi iaitu ‘genius’ komputer untuk aktor yang turut dikenali di Hollywood itu dirasakan paling tepat selain ditambah populariti Chan di India.

Namun hajat itu tidak kesampaian kerana menurutnya, bayaran dituntut pihak pengurusan selebriti tersebut di luar kemampuan produksi.

Akhirnya, watak Akaashi digalas Tom Wu, namun Shah Rukh Khan tetap menaruh harapan dapat bekerjasama dengan Chan untuk projek akan datang.

Pelakon Shanghai Noon itu pernah mengendong anak sulung Shah Rukh Khan ketika masih bayi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI