fbpx

Rundingan Muda-PH tidak pernah ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Luqman

PETALING JAYA – Kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bahawa Muda akan teruskan kerjasama mereka dengan Pakatan Harapan (PH) hanya persepsi semata-mata.

Ketua Penerangan Muda, Luqman Long berkata, kenyataan tersebut adalah salah, tidak benar dan itu merupakan persepsi Menteri Besar Selangor sahaja.

“Saya mahu memetik kenyataan dari Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bahawa “Muda akan meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang”.

“Kenyataan ini adalah salah, tidak benar dan merupakan persepsi peribadi Menteri Besar Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, sehingga hari ini, tidak ada sebarang rundingan dibuat antara Muda dan PH berkenaan kerjasama strategik, jumlah kerusi dan kawasan.

“Saya beranggapan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor jelas bertujuan untuk mengelirukan pengundi dan benar-benar tidak menghormati Muda.

“Sebarang hal-hal berkenaan urusan Pilihan Raya Negeri Muda hanya akan diumumkan oleh Muda bukan Pakatan Harapan,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI