fbpx

Pelajar tukar jurusan di universiti perkara biasa – Khaled Nordin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled memakaikan lilitan lengan Kluster TVET@ Unity Madani kepada Muhammad Nurhakim Abu Zaz ketika Majlis Pelanncaran Program Semarak Siswa Madani di Putrajaya hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Tindakan penuntut jurusan kritikal seperti sains, matematik, komputer dan kejuruteraan di universiti awam menukar bidang pengajian disifatkan suatu perkara biasa bagi tempoh pengajian mereka.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, malah angka yang dilaporkan iaitu sebanyak kira-kira 3,000 atau lima peratus daripada 60,000 penuntut jurusan itu tidak dapat dipastikan tepat atau tidak.

Katanya, jika mengambil kira daripada jumlah pengambilan kemasukan ke universiti setiap tahun antara 300,000 ke 400,000, angka sebanyak itu yang mengambil keputusan untuk menukar jurusan bukan sesuatu di luar kebiasaan.

“Mereka (pelajar) tukar jurusan itu perkara biasa ketika sedang dalam pengajian.

“Masa zaman saya belajar juga ramai ambil jurusan undang-undang, tetapi selepas itu tukar kepada ekonomi dan sebagainya.

“Jadi kalau nak kira daripada jumlah pengambilan pelajar 300,000 ke 400,000, jika sebanyak 2,000 atau 3,000 tukar jurusan itu perkara biasa,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Semarak Siswa Madani di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, jumlah penuntut menukar bidang pengajian kerana mereka tidak mampu menguasai kursus-kursus tersebut selain disebabkan tersalah pilih kursus terutamanya tidak memahami program tersebut.

Perkara itu didedahkan Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Wan Amsyar Hadie Wan Mahadi memaklumkan, ia berlaku setiap tahun dan pelajar berkenaan akan memilih memasuki bidang sains sosial, sastera dan kemanusiaan mahupun komunikasi untuk memastikan mereka boleh menamatkan pengajian.

Jumlah tersebut mungkin angka terpencil, namun ia boleh memberi kesan jika kes- kes itu berterusan kera­na kursus-kursus kritikal terutamanya yang bersifat teknikal penting untuk pertumbuhan industri negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI