fbpx

Orang ramai terkejut bil elektrik naik 2 kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pengguna media sosial merungut serta meluahkan rasa terkejut apabila bil elektrik yang dikenakan pada bulan terkini didakwa lebih tinggi berbanding pada bulan sebelumnya.

Menerusi perkongsian pada Twitter, ada daripada mereka mendakwa penggunaan barangan elektrik termasuk pendingin hawa adalah seperti biasa seperti sebelum ini, namun dikenakan bil melebihi kebiasaan.

Seorang pengguna Twitter, Dr. Khairul Hafidz mendakwa, penggunaan elektrik di rumahnya sama seperti tahun lalu memandangkan dia bekerja dari rumah, namun bil dikatakan mendadak pada bulan ini.

“Ada sesiapa tahu macam mana pengiraan tarif elektrik? Penggunaan saya sama sahaja sejak setahun lalu. Saya bekerja dari rumah sejak setahun lalu.

“Nak kata musim panas elektrik naik, musim panas dah bermula sejak beberapa bulan lalu. Tapi kenapa bulan lalu kenaikan sangat mendadak?

“Saya ingin tanya Tenaga Nasional Berhad (TNB), adakah sekarang ini subsidi ditarik balik atau ada sebab-sebab lain yang saya tidak tahu?,” katanya pada hantaran Twitter.

Pengguna Twitter, InspectorNorarong pula memberitahu, penggunaan elektrik di rumahnya sewaktu musim perayaan dikatakan lebih tinggi, namun bil yang diterima tidak setinggi bil pada bulan terkini.

“Bulan lepas bil elektrik saya lebih kurang RM150. Penggunaan bulan lepas lebih banyak sebab musim raya, buat ‘open house’ semua, tapi lagi murah dari bulan terkini. Bulan terkini bil RM200. Tak faham pengiraannya macam mana. ‘Aircond’ pun jarang guna,” ujarnya.

“Itulah pelik tengok bil tiba-tiba lebih RM100, padahal penggunaan sama saja. Pasang ‘aircond’ macam biasa itu pun waktu tidur suhu 25 hingga 27 darjah Celsius. Basuh baju ‘dryer’ pun guna sama saja, normal dan pelik kejap kenapa tiba-tiba jadi mahal,” komen Khayrul Farid.

Bagaimanapun, ada pengguna menyatakan mereka tidak terkejut bil tersebut tinggi berikutan musim panas ketika itu.

“Mula-mula tengok angka terkejut juga. Tapi bila tengok penggunaan kWh tinggi, logik juga bil tinggi. Sekarang musim panas walaupun pasang ‘aircond’ pada waktu yang sama, tetapi ‘compressor’ kena kerja lebih untuk dapatkan suhu sejuk yang kita tetapkan,” ujar Naj.

“Musim panas memang peralatan seperti pendingin hawa dan peti sejuk akan guna tenaga lebih. Jadi walaupun penggunaan peralatan dari segi tempoh dan tetapan suhu sama, tetapi peralatan tersebut perlu bekerja lebih sebab suhu persekitaran lebih panas,” kata Mohd. Naim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI