fbpx

NL: Sepanyol mula pamer kebangkitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEPANYOL menamatkan penantian lebih 10 tahun apabila kembali menjulang kejuaraan selepas muncul juara Liga Negara-Negara Eropah kali ini. – AFP

ROTTERDAM – Sepanyol memastikan gelaran Liga Negara-Negara Eropah (NL) menjadi milik mereka selepas menewaskan Croatia pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium De Kuip awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, skuad La Roja tampil cemerlang apabila menang 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan.

Dalam aksi penentuan sepakan penalti itu, penjaga gol, Unai Simon dijulang sebagai wira apabila menyelamatkan sepakan Bruno Petkovic dan Lovro Majer sebelum Dani Carvajal meledak gol kemenangan.

Jurulatih Sepanyol, Luis De La Fuente percaya kemenangan itu mampu menjadi pencetus kepada kebangkitan La Roja memandangkan ia adalah gelaran pertama mereka dalam tempoh lebih 10 tahun.

“Pemain-pemain ini merupakan kelompok yang sudah biasa meraikan kejuaraan, jadi saya gembira kerana mereka berjaya melaksanakan tugas tersebut. Saya berikan kredit kepada semua pemain.

“Saya fikir mereka sudah me­nempuh banyak cabaran untuk sampai ke tahap ini dan saya harap ia berterusan. Sudah tentu saya mahu kemenangan ini jadi pencetus kepada kebangkitan Sepanyol,” katanya.

Trofi pertama Sepanyol sejak saingan Euro 2012 itu juga pas­tinya memberi kelegaan kepada De La Fuente memandangkan beliau berdepan tekanan cukup tinggi selepas tewas 0-2 kepada Scotland pada aksi kelayakan Euro 2024 Mac lalu.

Dalam pada itu, beliau juga menyuarakan rasa gembira dengan aksi ditampilkan barisan pemainnya sepanjang perlawanan tersebut, lebih-lebih lagi berdepan sebuah pasukan berpengalaman seperti Croatia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI