fbpx

Masjid Al-Hidayah terpilih jadi ‘smart masjid’ pertama di Batu Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azlan Helmi (dua dari kanan) mendengar penerangan mengenai masjid pintar di Masjid Al-Hidayah di Batu Gajah hari ini . Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

BATU GAJAH – Masjid Al-Hidayah di sini terpilih dalam projek perintis menjadi masjid pertama di daerah ini yang akan menggunakan teknologi ‘smart masjid’ atau masjid pintar pengendalian jarak jauh melalui telefon pintar.

Teknologi yang akan digunakan adalah sama seperti teknologi sistem rumah pintar iaitu bangunan rumah yang dilengkapi teknologi canggih, membolehkan seluruh peranti dan sistem tersebut dapat saling terhubung.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Mohd. Azlan Helmi berkata, sistem yang dinamakan Smart Energy itu lebih ke arah teknologi terkini melalui pengawalan daripada aplikasi seiring dengan era pemodenan.

“Ini adalah merupakan projek perintis dan projek pertama di kawasan ini. Jikalau projek ini berjaya, kita akan laksanakan di masjid-masjid yang lain untuk memudahkan urusan para jemaah dan para ahli jawatankuasa masjid,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Azlan, dengan menggunakan sistem tersebut, penjimatan penggunaan peralatan elektrik seperti penyaman udara, lampu dan lain-lain dapat dikawal selia melalui satu aplikasi sahaja.

“Kita sedar dunia ke arah penjimatan tenaga dan ini adalah satu langkah dan permulaan yang baik,” katanya.

Menurutnya, pemasangan sistem di Masjid Al-Hidayah ditaja sepenuhnya dari pihak syarikat iaitu Synergy Alliance Solution Sdn. Bhd dan akan bermula pada bulan ini serta mengambil masa lebih kurang satu hingga dua bulan untuk siap sepenuhnya.

Sementara itu, Ketua Pengawai Eksekutif Synergy Alliance Solution Sdn. Bhd., Alex Fong berkata, ini merupakan kali pertama syarikatnya menjalan projek rintis yang melibatkan masjid dan kos anggaran bagi keseluruhan masjid dalam RM5,000 ke RM6,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI