fbpx

Lelaki gagal seludup 11kg ganja guna laluan tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketulan mampat ganja yang dirampas Batalion 1 PGA di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Chuping, dekat Padang Besar semalam.

PADANG BESAR – Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup 11 kilogram (kg) ganja menggunakan laluan tikus gagal selepas bertembung dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah ladang getah di Chuping, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, sepasukan anggota Batalion 1 PGA yang meronda dan melakukan tinjauan di situ mengesan suspek menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, suspek yang berada di sebelah negara jiran itu kemudiannya berhenti berdekatan pagar sempadan Malaysia-Thailand dan terus melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Pemeriksaan lanjut di kawasan tersebut menemui satu guni mengandungi satu kotak berisi 11 ketulan mampat daun kering dipercayai ganja dengan anggaran berat 11 kg,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kawasan kejadian gelap dan dipenuhi semak samun serta lalang yang tinggi dan tebal.

“Siasatan awal mendapati ganja itu cuba diseludup dari Thailand menggunakan laluan tikus yang terdapat di kawasan ladang di Chuping.

“Dalam kejadian itu, tiada tangkapan dilakukan dan rampasan dadah seberat kira-kira 11 kg itu dianggarkan bernilai RM34,100,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI