NEW DELHI – Seorang wanita melarikan diri selepas didakwa mencurahkan minyak yang mendidih pada kemaluan suaminya dalam kejadian pada Jumaat lalu, lapor portal berita Odisha Bytes.
Mangsa, Sunil Dhakad, 32, tinggal bersama isterinya di negeri Madhya Pradesh. Suspek bertindak demikian kerana marah selepas suaminya mendapat tahu dia bercakap dengan lelaki lain menerusi telefon.
Menurut laporan, pasangan itu bertengkar berhubung dakwaan hubungan sulit isterinya dan wanita berkenaan yang berang kemudian mencurahkan minyak panas mendidih pada kemaluan Dhakad ketika mangsa sedang tidur.
Mangsa berkata, jiran mengadu kepadanya bahawa isterinya bercakap dengan seorang lelaki selepas dia pergi ke pejabat.
Menjelang hari kejadian, si suami merampas telefon bimbit isterinya dan dia tidak memberikan sebarang reaksi pada masa itu.
Bagaimanapun, kira-kira pada pukul 2 pagi (waktu tempatan) ketika Dhakad sedang nyenyak tidur, Bhawna pergi ke dapur dan membawa minyak panas lalu mencurakannya pada kemaluan mangsa.
Orang ramai berkumpul di luar rumah mereka selepas mendengar Dhakad menjerit kesakitan. Jiran-jiran membawa mangsa ke hospital, manakala pihak polis turut bergegas ke tempat kejadian. – Agensi