fbpx

Indonesia tahan hampir 500 suspek seludup manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS Indonesia berkawal di Labuan Bajo pada 9 Mei lalu. – AFP

JAKARTA –  Polis Indonesia menangkap hampir 500 suspek yang terlibat memperdagangkan lebih 1,500 mangsa pada bulan ini, kata beberapa pegawai hari ini, ketika Jakarta melancarkan operasi membanteras penyeludupan manusia.

Indonesia merupakan antara negara pengeskport imigran terbesar di Asia Tenggara dengan beratus-ratus ribu orang dari kawasan miskin di kepulauan berkenaan meninggalkan tanah air melalui laluan tidak rasmi setiap tahun untuk mencari pekerjaan yang menawarkan gaji lebih tinggi.

Sebilangan kes mengejutkan telah mengetengahkan masalah penyeludupan manusia sejak beberapa tahun lalu sehingga mendorong polis menubuhkan sebuah pasukan bertindak pada bulan ini untuk meningkatkan usaha mengekang eksploitasi rakyat Indonesia. 

Jurucakap polis nasional, Ahmad Ramadhan memberitahu AFP bahawa pihak berkuasa telah menyelamatkan 1,553 mangsa dalam tempoh dua minggu terakhir sebelum mereka diseludup keluar dari Indonesia.

“Dalam jangka masa waktu singkat ini, kami berjaya menyelamatkan begitu ramai orang tetapi lebih ramai yang sudah meninggalkan Indonesia,” kata Ahmad Ramadhan.

Menurutnya, antara 5 Jun hingga 18 Jun lalu, polis memberkas seramai 494 suspek, manakala lima penyeludup manusia utama masih diburu.

Ramai mangsa diselamatkan dari tempat perlindungan haram dalam laluan untuk diseludup keluar sebagai pembantu rumah, kru bot atau pelacur dengan sebilangan kes eksploitasi kanak-kanak turut dikesan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, antara 100,000 ribu hingga sejuta orang dijual untuk bekerja sebagai pelacur atau buruh paksa pada setiap tahun di Indonesia. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI