fbpx

IKR tawar dana RM500 juta bagi projek prasarana kecil – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif Kemudahan Rakyat di Putrajaya hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Ekonomi melancarkan Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) selepas skim Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) menerima sambutan luar biasa sebelum ini.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, skim baharu itu menawarkan dana permulaan sebanyak RM500 juta untuk projek prasarana kecil awam yang boleh dimohon oleh orang ramai.

“Sebelum ini, ada tidak tahu di mana boleh dapat peruntukan baiki jalan rosak, longkang pecah dan lain-lain, tapi kini mereka boleh mohon IKR terus,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan skim itu selepas sesi libat urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 bersama Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) di sini hari ini.

IPR dilancarkan Rafizi pada 26 Februari lalu diintegrasikan dengan Program Basmi Miskin Tegar melibatkan tiga kategori untuk pemohon berpendapatan bulanan kurang RM5,000.

Mengulas lanjut mengenai IKR, beliau menjelaskan bahawa projek baharu boleh juga dipertimbangkan kementeriannya dengan syarat kos dimohon itu tidak lebih RM200,000.

Rafizi menyifatkan skim terkini itu sebagai bantuan kerajaan persekutuan dalam bentuk pendemokrasian dana awam selain optimis banyak faedah akan diperolehi rakyat.

“Kita jangka lebih 2,500 projek infrastruktur kecil awam bakal dapat dilaksanakan tetapi saya anggar sebahagian besar kerja sebegini kelaziman dalam sekitar RM30,000,” katanya.

Justeru, beliau berharap agar pemimpin komuniti seperti ketua kampung atau pengerusi persatuan penduduk untuk merebut peluang menerusi IKR demi manfaat ahli masyarakat.

Orang ramai yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut dan memohon bantuan menerusi IKR, boleh melayari laman sesawang rasmi skim iaitu ikr.ekonomi.gov.my mulai hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI