PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda negeri Johor dan Sabah sehingga pukul 6 petang, hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk di Johor membabitkan Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu, bagi Sabah melibatkan Pedalaman (Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod).
Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE.