fbpx

Hujan lebat di 6 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di 6 negeri sehingga pukul 8 malam ini.

“Cuaca buruk dijangka akan melanda Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Kuantan di Pahang.

“Sementara itu, di Negeri Sembilan, hujan lebat dijangka melibatkan kawasan Kuala Pilah, Rembau dan Tampin, manakala di Johor pula melibatkan Muar, Batu Pahat, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Selain itu, cuaca buruk juga diramalkan berlaku di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan dan Sibu, Sarawak serta di kawasan Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) di Sabah.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI