fbpx

Hafidz Roshdi, Shuhada belum bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIDZ ROSDHI

SHAH ALAM – Pelakon Hafidz Roshdi tetap ingin mengekalkan hubungan baik dengan kedua-dua keluarga untuk kepentingan anak-anak biarpun dia dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri nekad meneruskan perceraian.

Katanya, perkara membabitkan urusan peribadi mereka diharap dapat diselesaikan secara baik tanpa membabitkan campur tangan pihak luar.

“Saya dan Shuhada sama-sama menfailkan perceraian ini pada 27 Februari 2023 yang lalu dan mahkamah telah menetapkan tarikh seterusnya untuk keputusan.

“Bagaimanapun, saya akan meneruskan kehidupan baharu dan mengekalkan silaturahim serta ikatan yang sihat antara kedua-dua keluarga demi kepentingan anak-anak.

“Hak jagaan anak-anak pula akan dibicarakan kelak. Beri kami ruang untuk mencapai kata sepanjang demi kepentingan Humairah dan Umar,” katanya ketika ditemui selepas perbicaraan pengesahan lafaz cerai, hari ini.

Pelakon berusia 29 tahun itu ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini bersama peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader dan Puteri Ummi Kartini Abd Latiff.

Hari ini, mahkamah menetapkan 27 Julai depan sebagai tarikh baharu bagi prosiding lafaz cerai pasangan berkenaan selepas plaintif dan defendan selesai memberi kenyataan secara bertulis serta lisan.

Kemelut rumah tangga pasangan itu bermula apabila Shuhada memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu selepas mendapat persetujuan kedua-dua keluarga.

Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

Pada 9 Mei lalu, peguam Syarie yang mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan wujud percanggahan antara anak guamnya dengan defendan yang mendakwa ada satu lagi lafaz cerai yang berlaku pada Januari lalu.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI