PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan isu tular dua individu memiliki nombor myKad yang sama pernah dilaporkan media sekitar tahun 2020.
JPN menerusi akhbar hari ini berkata, pihaknya mendapati isu itu kembali tular di media sosial ketika ini.
Menurutnya, JPN juga ketika itu telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara berkenaan.
“Perkara tersebut telah diselesaikan dan pemilik MyKad tersebut masih lagi memegang nombor Kad Pengenalan itu dan masih berdaftar sebagai pemilih.
“Siasatan ketika itu mendapati kekeliruan yang berlaku disebabkan terdapat kesilapan semasa proses mendaftarkan nombor telefon dengan pihak Telco berkenaan.
“Kedua-dua individu tersebut memiliki nombor Kad Pengenalan yang berbeza di dalam sistem JPN,” katanya di sini. – KOSMO! ONLINE