fbpx

Dewan Negara: Jika tambat ringgit, OPR mungkin lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang menambat semula Ringgit Malaysia (RM) seperti yang pernah dilakukan pada tahun 1998 meskipun mata wang kini berada pada paras yang rendah.

Ini kerana kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, terdapat beberapa keburukan kepada ekonomi negara jika mata wang negara ditambat semula.

Antaranya kata beliau adalah, negara akan kehilangan keupayaan untuk meneruskan dasar moniteri sendiri.

“Sebagai contoh, jika Kadar Dasar Semalaman (OPR) kita sekarang 3.0, manakala OPR Amerika Syarikat adalah 5.25. Jika kita tambat nilai ringgit RM kepada Dolar Amerika (USD), OPR kita perlu dinaikkan kepada 5.25.

“Sedangkan OPR kita 3.0 pun rakyat sudah amat tidak selesa, inikan pula jika dinaikkan kepada 5.25 kerana bila kita tambat kita tidak ada kebebasan melaksanakan dasar moniteri sendiri,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Shamsuddin Abd. Ghaffar yang bertanya adakah kerajaan akan menambat semula ringgit seperti yang dilakukan pada tahun 1998.

Jelas Ahmad lagi, langkah menambat ringgit juga akan menyebabkan negara memerlukan rizab antarabangsa yang begitu banyak untuk menjaga tambatan kepada nilai berkaitan.

Selain itu katanya, keluaran aliran modal juga tidak akan bebas kerana keluar masuk pelaburan asing ke dalam negara akan dikawal.

“Apabila kita tambat nilai ringgit, maka ia tidak baik dan menjejas keyakinan daya saing kita di peringkat antarabangsa.

“Justeru, kerajaan kita akan menambat semula ringgit dan akan meneruskan dasar sedia ada,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI