fbpx

Dewan Negara: Bukan sahaja RM susut, negara serantau turut alami nasib sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad

KUALA LUMPUR – Kejatuhan kadar pertukaran mata wang ketika ini bukan hanya di alami oleh Ringgit Malaysia (RM), malah beberapa negara serantau turut mengalami nasib sama.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu terjadi kerana sebahagian besarnya didorong oleh pengukuhan dalam dolar Amerika Syarikat (AS).

“Selain ringgit, nilai mata wang serantau seperti yen Jepun, baht Thailand, won Korea, renminbi China dan peso Filipina
turut menyusut berbanding dengan dolar AS pada tahun ini.

“Walaupun terdapat mata wang jiran yang menunjukkan prestasi lebih baik berbanding dolar AS, namun, negara-negara tersebut telah mengetatkan dasar monetari dengan lebih agresif.

“Sebagai sebuah negara perdagangan dan ekonomi yang terbuka, nilai ringgit dipengaruhi oleh kuasa pasaran,”katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ketika menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Shamsuddin Abd. Ghaffar mahu kerajaan menyatakan apakah yang menjadi punca nilai mata wang Ringgit Malaysia masih rendah berbanding nilai mata wang USD dan apakah usaha bagi mengatasi masalah ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, kerajaan terus komited dan fokus dalam usaha melaksanakan polisi struktural yang berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara bagi menarik aliran masuk dana dan pelaburan asing yang akan menyokong pengukuhan nilai ringgit.

“Ini termasuk menerusi dasar untuk menambah baik iklim pelaburan dan produktiviti Malaysia menerusi pelaksanaan Dasar Pelaburan Baharu (NIP).

“Kerajaan juga akan memastikan kemampanan fiskal dan keadaan makroekonomi yang stabil akan terus terpelihara dengan merumus dasar fiskal jangka sederhana yang teguh, berhemah dan jelas seperti Dasar fiskal, Akta Tanggungjawab Fiskal yang akan dibentangkan kepada Parlimen tidak lama lagi,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI