fbpx

Bumi makin condong kerana pengambilan air bawah tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelidik Korea Selatan mendapati Bumi condong ke timur dari 1993 hingga 2010. - Foto AFP/NASA

SEOUL, Korea Selatan – Satu kajian mendapati Bumi semakin condong ke arah  timur kerana pengambilan air bawah tanah antara tahun 1993 hingga 2010, lapor portal berita MailOnline semalam.

Penyelidik-penyelidik di Korea Selatan berkata, pengambilan air bawah tanah di seluruh dunia untuk diminum dan  tujuan pengairan mengubah jisim Bumi dan seterusnya menjadikan paksinya bergoyang.

Menurut pasukan itu, pengambilan air dalam jumlah yang besar telah mengakibatkan Bumi mengalami condong 78.5 sentimeter ke arah timur antara 1993 hingga 2010.

Kajian baru itu melibatkan penyelidik di Universiti Kebangsaan Seoul dan diterbitkan dalam jurnal Geophysical Research Letters.

“Kutub putaran Bumi sebenarnya banyak berubah,” kata ahli geofizik di Universiti Kebangsaan Seoul, Ki Weon-seo.

“Namun, pengagihan air di planet ini mempengaruhi cara jisim diagihkan menyebabkan apabila air diambil dari satu bahagian planet Bumi, paksinya mula bergerak dan bergoyang,” tambahnya.

Bagi melakukan kajian itu, pasukan penyelidik tersebut bergantung pada anggaran tentang berapa banyak air bawah tanah yang telah dikeluarkan oleh manusia menerusi data oleh  sekumpulan pakar Belanda pada tahun 2010.

Pasukan saintis Korea Selatan mendapati manusia mengepam keluar 2,150 gigaton air bawah tanah bersamaan dengan lebih 6 milimeter (mm) kenaikan paras laut dari 1993 hingga 2010. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI