fbpx

Bubar DUN, Kon Yeow jumpa TYT 27 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (lima dari kiri) ketika hadir pada Majlis Pecah Tanah Dewan MPKK Perai di Taman Senangin, Perai hari ini.

SEBERANG PERAI – Kerajaan Pulau Pinang dijangka bertemu Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada 27 Jun ini bagi memaklumkan cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) keesokan harinya iaitu 28 Jun.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ketika ini, segala persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk rundingan melibatkan pengagihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) juga telah selesai sepenuhnya.

Menurutnya yang merangkap Pengerusi PH Pulau Pinang, keputusan muktamad mengenai perkara tersebut bagaimanapun hanya akan ditentukan di peringkat Majlis Presiden PH.

“(Jadi) saya pun tak pasti (mengenai keputusan Majlis Presiden PH). Kita pun menunggu seperti anda (wartawan),” katanya ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Dewan Majlis Pembangunan dan Keselamatam Kampung (MPKK) Perai di Taman Senangin, Perai, Butterworth hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri II yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, Dr. P. Ramasamy serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Azhar Arshad.

Mengulas lanjut, Kon Yeow yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan berkata, meskipun pembubaran DUN dijangka dibuat hujung bulan ini namun, beberapa projek atau program yang belum selesai di bawah seliaan kerajaan negeri akan tetap diteruskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI