fbpx

Anak tak setuju hubungan Hafidz dengan pihak ketiga – Shuhada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri Hafidz iaitu Shuhada mengatakan anak-anaknya menentang hubungan suaminya dengan pihak ketiga. - AFIQ RAZALI.

SHAH ALAM – “Anak-anak pun menentang perkara itu (hubungan Hafidz dengan orang ketiga).”

Demikian respons isteri kepada Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mengenai khabar angin Hafidz bakal bernikah dengan wanita yang bernama Athirah tidak lama lagi.

Enggan dirinya terganggu dengan dakwaan tersebut, dia hanya menyerahkan semuanya kepada Allah SWT.

“Saya serahkan semua kepada Tuhan. Allah janji, pembalasan-Nya lebih pedih.

“Kalau anak-anak nak jumpa bakal ibu tiri, itu terpulang kepada kehendak mereka walaupun hakikatnya mereka sangat menentang perkara tersebut.

“Harapnya mental anak-anak tidak terganggu, cukup dengan semua ini,” katanya kepada Kosmo! Online selepas prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Berkongsi mengenai penjagaan Humairah dan Umar, kedua-duanya kini dijaga oleh Shuhada di kampung halamannya di Perlis.

“Anak-anak akan dibesarkan oleh saya di Perlis. Kalau Hafidz nak berjumpa anak-anak, dia boleh ke Perlis,” ujarnya.

Ditanya dakwaan segelintir pihak yang melabelnya belum ‘move on’ daripada Hafidz, Shuhada menjelaskan bahawa semuanya tidak berkaitan dengan perasaan cinta terhadap suaminya.

“Kalau bercakap mengenai ‘move on’, dari segi apa? Sebenarnya, bukanlah saya nak kembali kepada dia.

“Bila Allah uji dan tegur hati kita, Dia hanya pinjamkan kebahagiaan dan ambil semula, ‘Move on’ untuk saya adalah antara saya dan ujian Allah itu.

“Insya-Allah, semuanya akan berlaku tetapi mengambil masa. Bukanlah saya tak boleh ‘move on’ daripada dia atau apa,” katanya lagi.

Hari ini, mahkamah menetapkan 27 Julai depan sebagai tarikh baru bagi prosiding lafaz cerai pasangan berkenaan selepas plaintif dan defendan selesai memberi kenyataan secara bertulis serta lisan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI