fbpx

Ubah suai terlampau, 4 motosikal ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi Motorsikal dan Samseng Jalanan yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, kelmarin.

AMPANG JAYA – Gara-gara membuat pengubahsuaian berlebihan, empat motosikal ditahan dalam dua operasi di Lebuh Raya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) dan Bukit Permai, di sini, kelmarin.

Operasi Motorsikal dan Samseng Jalanan tersebut dilakukan oleh pasukan 42 Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira pukul 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, operasi tersebut dilakukan susulan aduan orang awam mengenai bunyi bising ekzos motosikal yang mengganggu ketenteraman penduduk.

“Hasil operasi, empat buah motosikal ditahan kerana melakukan pengubahsuaian yang berlebihan pada pelbagai komponen yang sedia ada.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, dalam operasi berkenaan, sebanyak 104 saman dikeluarkan di atas kesalahan antaranya seperti ubah suai struktur kenderaan, kesalahan nombor pendaftaran, gagal pamer lesen memandu atau cukai jalan dan cermin sisi.

“Penunggang motorsikal dinasihatkan supaya tidak mengubahsuai sebarang struktur sedia ada pada kenderaan sehingga membawa kepada pencemaran bunyi dan juga mengganggu kententeraman awam.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya akan meneruskan operasi penguatkuasaan seumpama ini secara berterusan untuk membanteras pesalah-pesalah lalu lintas yang sering mengabaikan peraturan jalan raya yang telah ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI