fbpx

Suami isteri maut, anak cedera parah kemalangan di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan Toyota Hilux dinaiki Mohd. Ghani dan keluarganya yang terlibat dalam kemalangan maut di KM392.9 LPT 2 berhampiran Ajil, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala anak lelaki mereka cedera parah setelah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 392.9 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Ajil di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, Mohd. Ghani Ismail, 68, yang merupakan pesara kerajaan dan isterinya, Minah Abdullah,69, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Anak lelaki mereka, Mohd. Hafizie, 32, yang memandu Toyota Hilux itu pula patah kedua-dua belah kakinya.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Hasmerra Hassan berkata, sewaktu kejadian, tiga beranak tersebut dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Tok Rimau, Pengadang Buluh, Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan Toyota Hilux dinaiki mereka dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh belakang sebuah lori treler membawa muatan hampas kelapa sawit.

“Impak rempuhan itu menyebabkan pasangan suami isteri warga emas (Mohd. Ghani dan Minah) masing-masing berada di tempat duduk penumpang hadapan dan belakang tersepit di dalam kenderaan yang remuk teruk,” katanya di sini hari ini.

Hasmerra berkata, mayat Mohd. Ghani dan Minah kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI