fbpx

S P Setia jual tanah RM392 juta di Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choo Kai Wai

KUALA LUMPUR – Pemaju hartanah perbandaran terkemuka, S P Setia Berhad mengumumkan jualan tanah seluas 500 hektar yang terletak di Glengowrie, Semenyih secara tunai pertimbangan sebanyak RM392 juta.

Ia susulan anak syarikat milik penuhnya, Petaling Garden Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli antara syarat bersama Elite Park Development Sdn Bhd, Grand Prestige Development Sdn Bhd dan Mestika Bistari Sdn Bhd yang mana ketiga-ketiganya adalah milik penuh Mah Sing Group Berhad.

The Glengowrie Land terletak di lokasi yang strategik, mudah diakses dari Semenyih dan pekan Kajang melalui Jalan Semenyih dan dari pelbagai bahagian Lembah Klang melalui Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS).

S P Setia jual tanah 500 hektar di Semenyih dengan harga RM392 juta

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif S P Setia Berhad, Datuk Choong Kai Wai berkata, jualan tanah berkenaan adalah sebahagian daripada pelan strategik SP Setia untuk meningkatkan kecekapan modal bagi menjana wang dengan pihak bank tanah yang dikenal pasti.

“Ia juga sejajar dengan rancangan jangka panjang syarikat untuk bergerak ke arah struktur aset yang lebih ringan.

“Penjualan tanah ini adalah satu langkah yang baik untuk kami. Hasil jualan akan digunakan untuk pelaburan ke dalam pembangunan projek strategik serta pembayaran balik hutang.

“Kami yakin bahawa ini penjualan akan menyumbang secara positif kepada keuntungan S P Setia dan merupakan satu langkah ke arah mencapai matlamat jangka panjang syarikat,” ujar beliau dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, S P Setia yang diperbadankan sejak tahun 1974 itu akan kekal komited untuk menyampaikan projek yang berkualiti tinggi dan mencipta nilai untuk pemegang kepentingannya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI