fbpx

Puluhan al-Quran, kitab agama tidak musnah kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rak menempatkan al-Quran dan kitab agama yang tidak musnah dalam kebakaran itu.

KUALA SELANGOR – Puluhan al-Quran dan kitab agama di bangunan asrama perempuan Sekolah Menengah Islam (SMI) Addimyati, Kampung Assam Jawa di sini, bukan saja terselamat malah langsung tidak terjejas dijilat api dalam kebakaran semalam.

Pengetuanya, Mohd. Anuar Fitri Jusoh berkata, dia terkejut mendapati rak menempatkan kitab suci di dalam surau asrama itu masih dalam keadaan sempurna.

“Selain asrama, kebakaran itu mengakibatkan kemusnahan tandas dan dan dinding turut terbakar. Saya menganggap kesempurnaan al-Quran yang terselamat daripada dimamah api itu sebagai keajaiban Allah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan kebakaran menyelamatkan nyawa 13 pelajar perempuan itu melibatkan bangunan teres satu tingkat termasuk surau, perpustakaan, bilik kuliah kecil dan tandas.

Sementara itu, mangsa yang juga ketua asrama, Nisa Athirah Ahmad Ridzwan, 17, berkata ketika kejadian dia bersama 12 pelajar lain sedang nyenyak tidur, kira-kira pukul 3.45 pagi.

“Namun, saya terjaga selepas terbau asap dan terkejut melihat percikan api daripada kipas bilik yang jatuh ke tilam.Tanpa berfikir panjang, saya terus memanggil semua rakan supaya keluar dan membunyikan siren kecemasan di luar asrama itu,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI