fbpx

Nombor plat QPA1 sempena kahwin, tak guna atas jalan – Opai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan jenis McLaren dengan nombor plat QPA1 tular dipandu di jalan raya.

PETALING JAYA – Usahawan muda, Aliff Awang atau dikenali sebagai Opai yang tular menggunakan kenderaan jenis McLaren bukan nombor plat sebenar menjelaskan, nombor pendaftaran kenderaan itu dibuat sempena perkahwinannya dengan pelakon popular, Fatin Afeefa.

Menerusi penjelasannya pada InstaStory, dia memberitahu tidak menggunakan nombor QPA1 itu sewaktu memandu kenderaan tersebut.

“Ni penjelasan saya, biasalah orang kahwin pakai nombor plat ‘fancy’ cantik-cantik letak nama sendiri. Jadi benda ni pun dah kahwin hampir setengah tahun, dah viral lama dah.

“Jangan kata JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) panggil apa semua, atas jalan raya tak pakai nombor plat tu,” katanya pada video dimuat naik malam tadi.

Dalam pada itu, Opai memberitahu pihak JPJ juga tidak memanggilnya susulan kejadian tersebut.

“JPJ tak ada panggil pun, tak ada surat sampai. JPJ tak ada ‘call’ apa pun,” katanya.

Sementara itu, secara sinis dia mendakwa, ada pihak menggunakan namanya semata-mata mahu menaikkan nama.

“Saya rasa sudah-sudahlah, bosanlah orang Malaysia dah bosan dengar cerita Opai. Orang pakai nama saya pun sebab senang nak masuk FYP (For Your Page) sebab memang kita bagus,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, JPJ Kuala Lumpur mengesahkan nombor plat yang digunakan pada sebuah kenderaan jenis McLaren adalah bukan nombor sebenar.

Menurut JPJ, pemilik berdaftar nombor plat dan kenderaan berkenaan merupakan pihak yang berbeza.

Justeru, katanya, pemilik kereta tersebut dinasihatkan membuat laporan polis susulan gambar kenderaannya tular di media sosial membabitkan seorang suami artis popular. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI