fbpx

Mohd Na’im rasai sendiri proses lapor diri Kompleks Haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im bersalaman dengan jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji 1444H/ 2023 di Kompleks TH Sepang hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar memilih merasai sendiri pengalaman bersama bakal jemaah lain apabila melapor diri untuk berlepas menunaikan ibadah haji petang ini.

Mohd. Naim tiba di Kompleks Haji di MovenPick di sini pada pukul 12.30 tengah hari tadi sebelum berkumpul di dalam dewan bersama jemaah untuk mendengar taklimat akhir dan menaiki bas.

Beliau akan berlepas ke Tanah Suci menerusi penerbangan Malaysia Airlines, MH8188 pukul 4.10 petang ini bersama 284 bakal jemaah haji lain selain turut ditemani isteri, Datin Nik Roslini Raja Ismail dan seorang pegawai di pejabat menteri.

Mohd. Na’im berkata, beliau ingin merasai sendiri pengalaman berlepas ke Tanah Suci bermula dengan melapor diri di Kompleks Haji, mendaftar masuk dan menaiki bas ke Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Saya sendiri nak merasa pengalaman itu biarpun sebenarnya saya boleh terus di bawa ke KLIA untuk berlepas ke Tanah Suci.

“Saya mahu merasai sendiri apa yang dilalui bakal jemaah haji dan jika ada kesukaran, saya sendiri dapat melaluinya,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI