SEBAGAI satu penghormatan buat pelajar Universiti Dongduk yang meninggal dunia dalam satu kemalangan tragis, pelakon Kim Min-jae menangguhkan hari ramah mesra bersama peminat.
Perkara tersebut diumumkan pengurusannya, Yam Yam Entertainment yang membatalkan acara Telepathy: Words I Wanted To Say, Days I Want To See You yang dijadualkan pada 17 Jun lalu di sebuah auditorium di Universiti Wanita Dongduk.
Keputusan tersebut dilakukan bagi menghormati kesedihan rakan-rakan pelajar atas kehilangan kawan yang dilanggar sebuah lori sampah di kampus.
Acara berkenaan bagi membuka peluang interaksi bersama peminat sebelum aktor itu menyertai tentera.