fbpx

Lelaki tidur atas landasan maut digilis kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Osman menunjukkan lokasi seorang lelaki maut digilis kereta api di Kampung Palekbang, Tumpat hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

TUMPAT – Seorang lelaki maut dalam keadaan ngeri apabila kepalanya putus manakala anggota badannya hancur selepas digilis kereta api ketika sedang tidur di atas landasan di Kampung Palekbang di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.40 tengah hari itu, mangsa dipercayai berada di atas landasan kereta api sebelum digilis Ekspress Rakyat Timuran yang sedang sedang dalam perjalanan dari Johor ke Tumpat.

Seorang saksi, Osman Mohd Yusof, 57, berkata, ketika kejadian, dia sedang minum di sebuah kedai kopi berhampiran landasan kereta api tersebut sebelum terdengar bunyi hon kereta api yang kuat seolah-olah memberi amaran bahawa landasan itu diceroboh.

“Kereta api itu dilihat berhenti secara mengejut. Saya terus menunggang motosikal menghampiri kereta api tersebut untuk melihat keadaan yang berlaku.

“Pemandu kereta api itu kemudiannya turun dalam keadaan panik sebelum memaklumkan bahawa dia melanggar seorang lelaki berkain pelikat yang sedang tidur atas landasan tersebut,” katanya ditemui Kosmo! di lokasi kejadian hari ini.

Osman memberitahu, pemandu kereta api itu kemudiannya membonceng motosikal bersamanya untuk melihat keadaan mangsa, namun hanya cebisan anggota badan yang sudah hancur dijumpai kira-kira 200 meter.

Menurutnya, dia melihat kepala mangsa sudah putus dan tercampak di luar landasan manakala cebisan anggota badan melekat pada rel kereta api.

“Difahamkan, separuh cebisan anggota badan mangsa masih melekat di kepala kereta api yang berada di stesen terakhir di bandar Tumpat. Mayat mangsa telah ibawa ke Hospital Tumpat di sini untuk proses bedah siasat. ,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI