fbpx

Lelaki rentung, isteri, dua anak parah kereta terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbakar dalam kemalangan di Jalan Kulim-Baling, Kulim dekat Kedah hari ini.

KULIM – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbakar dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Jalan Kulim-Baling berhampiran persimpangan lampu isyarat Batu Puteh, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, mangsa berusia 27 tahun yang tersepit di dalam kereta jenis Proton Iswara Aeroback meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara isteri mangsa berusia 28 tahun dan dua anak berusia tiga dan empat tahun berjaya diselamatkan oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu mangsa dari arah Kulim ke Baling dipercayai terbabas ke laluan bertentangan.

“Kereta tersebut kemudian dilanggar kereta jenis Toyota Camry dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun yang datang dari arah bertentangan, perlanggaran itu mengakibatkan pemandu Proton Iswara Aeroback tersepit sebelum kereta tersebut terbakar.

“Isteri dan dua anak mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Kulim dan sedang dirawat di zon merah,” jelasnya.

Tambahnya, pemandu Toyota Camry tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala siasatan mendapati dia memandu dalam keadaan lesen tamat tempoh dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI