fbpx

Lelaki maut, motosikal dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Proton Wira yang membelok secara cuai di simpang tiga Jalan Hulu Langat berhampiran sebuah sekolah rendah, di Kajang, semalam.

KAJANG – Seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah kereta jenis Proton Wira dalam satu kemalangan di simpang tiga Jalan Hulu Langat berhampiran sebuah sekolah rendah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa lelaki berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki Fu 150 itu dalam perjalanan ke Batu 14, Hulu Langat.

“Ketika sampai di simpang tiga Jalan Hulu Langat, sebuah kereta jenis Proton Wira yang datang dari arah bertentangan membelok masuk simpang dan merempuh sebelah kiri mangsa.

“Pemandu kereta itu kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian manakala penunggang motosikal disahkan maut di Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, polis kini sedang mengesan pemilik kereta Proton Wira yang didaftarkan atas nama Sarmadi Noramat dan saksi bebas yang melihat kemalangan ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat boleh hubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Ammar di talian 018-2586153 atau menghubungi balai polis yang berdekatan di daerah Kajang bagi menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI