fbpx

Lee Zii Jia bukan anak emas RTG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA terus dikekalkan dalam program RTG meskipun sudah terkeluar dari kelompok 10 teratas ranking dunia.

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan, tidak timbul isu anak emas dalam program Road To Gold (RTG) yang diwujudkan bagi merealisasikan emas pertama menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 tahun depan.

Perkara tersebut dinafikan Hannah selepas perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia terus dikekalkan dalam program tersebut meskipun sudah terkeluar dari kelompok 10 teratas dunia selain menampilkan aksi kurang memberangsangkan.

Beliau berkata, setiap atlet yang berada dalam program tersebut diberi layanan sama rata kerana mereka menggalas misi sama iaitu memenangi pingat emas pertama Olimpik buat kontinjen Malaysia.

“Kita tidak ada anak emas tertentu dalam program RTG, semua atlet adalah anak emas. Kita bagi elaun yang sama RM3,000 sebulan kepada semua atlet yang berada dalam program ini.

“Khidmat ISN (Institut Sukan Negara) juga kita beri kepada mereka bagi memastikan mereka ada peluang untuk berjaya,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Road To Gold di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam.

Terdahulu, Zii Jia membuat pengumuman mengejutkan apabila dia menyatakan hasrat untuk ‘gantung raket’ buat seketika selepas tersingkir di pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia minggu lalu.

Keputusan yang dibuat bekas juara Asia itu dilihat mampu memberi impak kepada Zii Jia, terutamanya dari segi kedudukan ranking yang menjadi kriteria awal untuk berada dalam program RTG.

Sementara itu, Koordinator RTG, Datuk Stuart Ramalingam menjelaskan, pemain No.11 dunia itu terus dikekalkan dalam program tersebut selepas mengambil kira mata kelayakan ke Olimpik.

“Pertimbangan ini dibuat atas saranan teknikal berdasarkan ranking ‘Road to Paris’. Kami sudah berhubung dengan Zii Jia dan jurulatih (Wong Tat Meng) selain akan ada perjumpaan awal Julai nanti.

“Amat penting untuk kami mengadakan pertemuan tersebut bagi mengetahui apa perancangan mereka selepas ini. Kemudian kami akan memberikan laporan kepada Jawatankuasa RTG,” ujarnya.

Dalam pada itu, RTG juga mengesahkan beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing akan terus dikekalkan dalam program selain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan beregu campuran kebangsaan, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut sah tersenarai dalam RTG. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI