fbpx

JSJK sahkan taktik scammer hantar jemputan kahwin wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
angkap layar jemputan perkahwinan yang dihantar oleh scammer kepada mangsanya.

PETALING JAYA – Taktik scammer yang menyebarkan Malware yang ditanam di dalam aplikasi (APK) dinamakan sebagai Jemputan Majlis Perkahwinan sememangnya wujud dan semakin berleluasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, mengakui scammer akan pergunakan pelbagai cara untuk ‘memancing’ mangsa.

“Satu daripada kaedahnya adalah dengan menghubungi semua kenalan seseorang atas alasan undangan ke majlis perkahwinan.

“Justeru, elakkan klik sembarangan sebelum mengesahkan dengan individu yang mengundang tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambah Ramli lagi, sebaiknya apa yang dilihat meragukan tidak dilayan secara semberono oleh orang awam.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan taktik scammer yang semakin licik dengan menyebarkan Malware yang ditanam di dalam aplikasi (.apk) dinamakan sebagai Jemputan Majlis Perkahwinan.

Golongan warga tua dan yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan asas informasi teknologi, sering menjadi sasaran scammer berkenaan.

Scammer tersebut akan menyamar sebagai orang yang dikenali mangsa dan meminta mangsa untuk muat turun aplikasi tersebut.

Kesan daripada memuat turun dan memasang aplikasi tersebut, scammer tersebut dapat mengakses penuh phone mangsa tanpa disedari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI